Telah Tersedia Space Iklan Text Marque ! Segera Pasang Iklan Anda ! SPACE PASANG IKLAN
SPACE PASANG IKLAN
SPACE PASANG IKLAN
SPACE PASANG IKLAN
Buruan Mumpung masih tersedia slotnya !!
Sejarah perkembangan IKEA dari Tahun ke tahun ~ Sejuknya Embun

Senin, 09 Juli 2012

Sejarah perkembangan IKEA dari Tahun ke tahun

Update informasi seputar kabar Sejarah perkembangan  IKEA dari Tahun ke tahun. hay sobat embun tafakkur,mau tau infonya ? nih dia ! Sejarah IKEA  bagaimana ia bermula ? Sejarah berikut jelas menunjukkan bagaimana IKEA membangun sejak enam dekad lalu dari hutan di selatan
Sweden sehingga ia berkembang dan menjadi peruncitan utama di lebih 40 buah negara/jajahannya seluruh dunia.

Cerita IKEA bermula pada tahun 1926 tempat pengasasnya Ingvar Kamprad dilahirkan di Småland di selatan Sweden. Beliau di besarkan di 'Elmtaryd', sebuah ladang di perkampungan kecil Agunnaryd. Sejak muda lagi Ingvar telah tahu bagaimana mahu mengembangkan perniagaan.
1920s

Sejak berumur lima tahun, Ingvar Kamprad mula menjual mancis di kejiranannya dan semasa berumur tujuh tahun, beliau telah mula merantau keluar untuk berniaga menggunakan basikalnya. Beliau mendapati dengan membeli mancis dalam kuantiti yang banyak di Stockholm dan menjual secara berasingan dengan harga yang rendah namun masih dapat memberi keuntungan. Daripada mancis beliau mengembangkan perniagaan dengan menjual benih bunga, kad ucapan, dekorasi pokok Krismas, dan pensil serta pen.
1940s-1950s

Berakar umbi dari pengedar perabot. Ingvar Kamprad merupakan pengusaha yang menbangunkan IKEA menjadi peruncit perabot. Ketika inilah penjelajahan rekaan perabot, dengan pemasangan sendiri, mula di iklankan dan penggunaan katalog serta bilik pameran untuk menawan hati ramai pelanggan.

1960s-1970s

Konsep IKEA mula terbentuk. Gedung terbaru IKEA mula dibuka dan produk pilihan ramai mula membangun seperti POÄNG dan rak buku BILLY. Inilah masanya konsep mula dibentuk dan didokumentasikan oleh Ingvar Kamprad di dalam The Testament of a Furniture Dealer.

1980s

IKEA berkembang dan meluaskan perniagaannya di seluruh AS, Itali, Perancis dan UK. Pelbagai rekaan klasik sampai seperti KLIPPAN, LACK, dan MOMENT. IKEA mula mendapat tempat di dalam konsep moden IKEA.

1990s

IKEA mula berkembang. Kanak-kanak di IKEA mula diperkenalkan dan ia terfokus kepada penyelesaian kelengkapan rumah yang memenuhi keperluan keluarga yang mempunyai anak. IKEA Group dibentuk dan bertanggungjawab buat orang ramai dan alam sekitar di dalam memacu perniagaan.

2000s

IKEA mula berkembang dengan penambahan gedung di Jepun dan Rusia. Segalanya tentang penyelesaian dan idea bilik tidur serta dapur yang disusun atur dekorasinya di bilik pameran. Dalam tempoh ini juga kejayaan demi kejayaan dapat dilihat dalam perkongsian tangungjawab terhadap sosial dan alam sekitar.

0 komentar:

Posting Komentar

Please comment seperlunya, dan mohon untuk tidak disalahgunakan. Trima kasih!

free counters